Pages

Subscribe:

Tuesday, March 20, 2012

~38 weeks Check-up~

Salam semua..lamanya tak update blog ni..sindrom kemalasan melampau melanda di hujung2 pregnancy ni..

Semalam g check-up untuk 38 minggu..sedar tak sedar kan, dah hampir ke penghujungnya dah..Lil DZ nampak gayanya mcm masih seronok bergolek-golek dalam perut mama die nih..ramai rakan2 seangkatan (due date sama) yang dah selamat pon bersalin..tp Lil DZ mcm masih selesa di dalam..mama die plak yg excited nak suh kuar awal..hehe..takpe lah sayang, asalkan anak mama sihat sudah ye..tu je yang mama nak tau ;)

Ok, pasal check-up semalam..mula2 mcm biasa doc akan tanya if ade pape masalah..Dee pon bgtau lah, since Jumaat aritu, asal lepas maghrib je, rs mual2 nak termuntah dan akan disusuli oleh cherry berry..memang memulas2..cherry berry plak kuar laju je macam air paip..adelah dalam 5 minit gak dok memulas2..lain macam rasanya..masa tu memang terpikir, aku ni dah nak bersalin ke? tp relax lg coz doc ckp contraction kalu dah nak bersalin mesti lama & kerap..mana lah tau contraction Dee jenis cherry berry ke kan..tp lepas tu ok dah..masuk ari ke-2 & 3, same gak, lepas maghrib je, jd mcm tu blk..bila cite kat doc, doc ckp "it's normal"..ok bleh terima..silap makan kot kan..

Lepas tu, doc suh baring nak scan..estimated berat Lil DZ skang dah 2.79kg..then doc ckp nak cek laluan..gulp**..terkedu aku..nape nak kena cek skang? dlm ati jelah..mula laa terngiang2 experience org len bila kena seluk..ade yg kata mcm nak kene terajang lah, ade yg ckp skt sgt lah, ade yg ok je..xpe2, think +ve..doc bismillah, then bgtau dah nak check, then suh tarik nafas..sup** masuk..ok, laluan xbuka lagi doc ckp..eh, dah? ok je rs..hehe..xdelah seperti yg diceritakan..maybe lain org lain rsnya..dan lain org yg seluk, lain gak crnya..Dr.Fatimah mmg lah sgt gentle..sebab tu mmg nak sgt die yg handle time bersalin..

Doc suh stanby walaupon laluan masih tak buka lg coz nak bersalin ni, anything can happend..ade yg pagi cek laluan tak buka lg, tapi tgk2 malam dah ade show..ade yg semalam doc ckp bb tak engage lagi, tp tup2 pagi ni dah kuar tanda & petang tu gak bersalin..so anything can happend..you better just get ready ;)

Masa scan tu, doc ckp uri dah matang..kalau boleh, kita harap bb akan kuar dalam masa terdekat coz tak nak uri buat hal (amik balik ayat doc..hal ape, Dee pon xpasti)..pastu doc ckp die nk suh buat CTG utk monitor heartbeat bb..if ok then minggu depan baru dtg blk utk check-up kalau takde pape masalah..

Then, nurse bwk laa g labour room utk buat CTG..En.Zaim dah nampak mcm gelisah..yelah, 1st time dibawa masuk labour room..tp die try cover2 ngan main game hp xsudah2..geram pon ade tgk sbb kdg2 rs mcm die xserius..asik laa dok main game..tp my En.Zaim mmg mcm tu..die xkan tunjuk susah ati die..org akan nmpk die hepi je slalu..nak ckp sayang kat bini die ni pon bercinta kot nak dgr..die sgt2 laa xreti nak bgtau perasaan die..but ur wife ni sentiasa akan dpt baca ape yg tersurat dan tersirat dlm ati die ;)

Masa buat CTG (around 20 minutes), heartbeat bb range dlm 140-160..itu normal utk bb dlm perut..pastu ade bacaan contraction..my contraction is around 20+..still sgt2 mild..mmg xde rs pape pon..lepas bg doc tgk result, doc ckp bb ok dan bleh balik dulu n datang nxt week if xde pape masalah..kalu ttb dah ade show @ kuar air @ contraction dah kerap, direct g emergency..

**Tetiba terasa mcm, wah!! aku dah nak bersalin..seriusly mama Lil DZ ni mmg dah xsabar nak menatap n peluk Lil DZ 4 the 1st time..sbb tgk rakan2 seangkatan ramai yg dah bersalin kan..lg laa rasa tak sabar..bila laa anak mama nak kuar ni sayang?? ^_~

Monday, February 13, 2012

~Hasil Tangkapan~

Salam semua ;)

Entry ni just nak share hasil tangkapan sepanjang preggy utk my Lil DZ yang tak lama lagi akan poop out...dah mula rasa pelbagai perasaan skang ni..tak sabar, gabra, seronok giler dan macam2 lagi lah..alhamdulillah skang ni dah masuk bulan ke-8 pregnancy ;) so, mari kita tengok ape hasil tangkapannya:





~Beg Lil DZ untuk ke hospital nanti~






~Baju dan kelengkapan lain dalam beg Lil DZ~







~Kelengkapan penyusuan~

~Barang-barang lain~






~Tab mandi Lil DZ~

Thursday, February 2, 2012

~Blighted Ovum~

Salam semua..ape khabar?? =) this entry just wanna share what happened to me on my 1st pregnancy..alhamdulillah, skang saya tengah mengandung kali kedua dan mengharapkan yg terbaik sehingga bersalin..insyaAllah..

Sebenarnya dari dulu lagi nak buat pasal entry ni..tapi macam ade perasaan "barang yang lepas jangan dikenang"..so, dipendamkan begitu sahaja..tp bila dipikirkan balik, ape salahnya share ape yg berlaku n ape yg kita tahu kan ;)

Ok, now about blighted ovum..credit to En.Google ;)

Blighted Ovum
Ia terjadi kerana apabila berlaku persenyawaan dan implantasi, cuma pembentukan uri sahaja yang berlaku tetapi janin tidak terbentuk. Ia selalunya akan berlaku pada 6-12 minggu kehamilan dan penyebab utama keguguran pada trimester pertama.

Apa yang berlaku?
Setelah implantasi berlaku, selalunya kehamilan akan berlaku seperti biasa, walau bagaimanapun, sekiranya janin tidak normal, proses kehamilan akan terganggu dan berhenti. Ini adalah cara untuk badan kita mempastikan cuma janin yang normal sahaja akan membentuk dan membesar. Ia kebanyakan berpunca oleh kromosom yang tidak normal samada dari sperma atau telur.

Walaupun blighted ovum ini kerap berlaku, tetapi ia jarang terjadi 2 kali berturut-turut kepada wanita yang sama. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku keguguran berulangan, doktor mungkin akan membuat penyiasatan yang lebih mendalam. Ia juga boleh berlaku pada kandungan kembar, di mana salah satu telur yang bersenyawa tidak berkembang manakala yang satu lagi membentuk seperti biasa. Ini dipanggil blighted twin.

Masih rasa hamil
Walaupun janin tidak membesar, selalunya wanita begini masih merasa seperti wanita hamil yang lain kerana hormon kehamilan masih ada di dalam badan, dan sekiranya ujian kehamilan dilakukan ia masih lagi positif.

Tanda-tanda
Tanda-tanda biasa termasuklah pendarahan kecil, sakit ari-ari dan pendarahan dari faraj. Ujian ultra-bunyi akan memberikan kepastian samada janin masih hidup atau mati. Ia selalunya akan menunjukan karung kosong tanpa janin di dalamnya.

Dapatkan rawatan
Blighted ovum selalunya akan gugur sendiri secara beransur-ansur tetapi kebanyakan wanita memilih untuk menjalani D&C sebaik sahaja diagnosa dibuat. Bagi mereka yang mengalami komplikasi seperti jangkitan kuman, kesakitan atau pendarahan yang banyak, D&C akan disarankan kerana ia boleh membahayakan rahim.

D&C adalah satu prosedur kecil di mana tisu yang tertinggal akan disedut dan dikikis keluar (scrape) dengan berhati-hati. Walaupun ia tidak merbahaya, ada sedikit risiko parut pada rahim yang boleh memberi kesan kepada kesuburan.

Peluang hamil pada masa hadapan
Blighted ovum tidak memberi kesan terhadap kesuburan anda dan kebanyakan wanita (>80%) akan hamil secara normal tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar anda menunggu selama 2-3 bulan selepas ia berlaku untuk badan dan emosi anda pulih sepenuhnya.


Blighted Ovum