Pages

Subscribe:

Friday, August 21, 2009

~Laksa oh Laksa~

balik je keje ari ni terus g serang dapur..makin dekat kuat plak bau dia..hermm, memang sah dah ~Laksa kegemaran ku ;) ok2, aku kene naik mandi dulu..pastu baru turun makan..yeppiii!!~~ ;p

naik atas nampak plak laptop..eh, xleh jadi ni..kene tau ape update FB aku ni..tanaman dah kene curik ke?! restoran aku dah lingkup ke?! haiwan peliharan aku dah mati ke?! ish, banyak btl commitment aku kat FB ni..k2, xpe..layan FB jap, pastu g mandi, pastu baru turun makan k~..

dah on FB, terlayan lame laa plak..yelah, dah banyak sgt tanggungjawab kat FB tu..dah selesai menunaikan tanggungjawab yang secara tak rasmi dipertanggujawabkan tu, masuk bilik air, mandi secepat mungkin, solat, terus turun bawah...

dengan rakusnya bubuh segala ingredient yang ada, pastu senduk kuah sampai penuh mangkuk..n siap~~ready to melantak ;p ngeh3x..

makan 1 sudu..makan 2 sudu..3 sudu..4 sudu..............2 mangkuk (aik, sedar2 dah 2 mangkuk)..fuhh~serius kenyang..macam mana nak diet ni?! makan tak ingat dunia..tapi lantak laa kan ;p asalkan dapat makan homemade Laksa Penang Kaw made by makcik Juma a.k.a. my beloved mom..ehehe..sangat puas hati lah..dapat makan plak sehari sebelum puasa plak tu..tak lah mengidam nanti (^_~)

laksa ni sebenarnnya mama masak 2 ari lepas..tapi ari ni baru dapat makan (kuah laksa kalu simpan 2-3 hari lagi sedap..sume dah sebati..hehe)..huhu..nak buat macam mana..2 hari aku ade keje malam n of coz tido umah company laa jawabnya..siang tu mama dah call n cakap ngan nada menggoda "mama buat laksa hari ni..tak nak balik umah ke?" huhu, memang tergugat lah..tapi keje punya pasal, terpaksa laa korbankan..tapi nasib baik mama yang baik hati simpankan skit untuk anakanda terchenta ni..lepas laa segala kempunan..huahuahua (^_~)v

p/s: thank u mama!! muahh3x~sayang mama sangat!! ;D tak lupa gak nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin-Muslimat semua..semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan kepada kita semua (^_^)v

Tuesday, August 4, 2009

..Rahsia Huruf Pertama Nama..

emm, quit similar laa..N means ..... & D means .....so, how about yours?! same tak agak2? (^_^)

A

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda....

B

Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C

Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D

Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E

Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F

Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G

Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H

Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I

Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K

Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L

Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M

Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N

Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O

Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P

Pandai berjenaka dan selalu ceria.... Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q

Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R

Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah..

S

Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T

Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U

Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V

Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W

Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X

Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y

Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z

Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Monday, August 3, 2009

Manis..

Dalam berkawan, biarlah hanya manis2 buah sahaja...
Jangan sampai manis gula..nanti sakit pula yang datang..


~ sangat bersetuju dengan kata2 ni..korang plak mcm mana?! belajar dari pengalaman ;)

~2nd May 2009~

masih blom terlambat kan nak upload pic tunang..so, here we go~~

Event : My Engagement Ceremony + Tahlil Arwah Tok Ba
Date : as above - 2nd May 2009

Time : 11.00 am
Venue : Kota Seriemas

..both side hantaran..

big family~soon ;)

finally~the rings ;D